Pelan Strategik Balai Khazanah Islam Sultan Haji Hassanal Bolkiah 2024-2028
Pelan Strategik Balai Khazanah Islam Sultan Haji Hassanal Bolkiah 2024-2028 memfokuskan kepada 4 objektif strategic yang penting ke arah pembangunan keupayaan, organisasi, peningkatan kecekapan dan kemahiran tenaga kerja serta memperkukuhkan kecemerlangan operasi Balai Khazanah Islam Sultan Haji Hassanal Bolkiah bukan sahaja sebagai jabatan kerajaan di bawah Jabatan Perdana Menteri, tetapi juga sebagai ‘Pusat Sehenti Destinasi Pelancongan Islam’.
Untuk lima tahun akan datang, pelan strategic ini akan dipandu melalui penetapan daripada objektif, nilai teras, misi dan visi Balai Khazanah Islam Sultan Haji Hassanal Bolkiah.